“HEI, BUDAK
NI MACAM BUDAK SEKOLAH JE, DAH PANDAI BAWA KERETA, BIAR BETUL,” BISIK HATI
NATASHA. DIA TERUS BERTANYA KEPADA PEMUDA DI HADAPANNYA ITU SAMA ADA KERETA
YANG DILANGGARNYA SEBENTAR TADI MILIK PEMUDA ITU ATAU BUKAN. PEMUDA ITU TIDAK
MENJAWAB APA-APA. TIBA-TIBA SEORANG LELAKI BERUSIA LEBIH KURANG 30-AN KELUAR
DARI TEMPAT PEMANDU KERETA YANG DILANGGARNYA TADI. LELAKI ITU KELIHATAN SUNGGUH
SEGAK MEMAKAI SUT HITAM SEPERTI SEORANG STAF PEJABAT. LELAKI ITU TERUS MENYAPA
NATASHA DAN MENGHULURKAN TANGAN UNTUK BERSALAM DENGANNYA. NATASHA BUAT TIDAK
ENDAH SAHAJA AKAN HULURAN TANGAN YANG DIBERI OLEH LELAKI ITU. DIA TURUT BERKATA
DIA TIDAK BERJABAT TANGAN DENGAN SEMBARANGAN ORANG TAKUT ADA KUMAN MEREBAK KE
TANGANNYA PULA. HUH PEMBERSIH SUNGGUH NATASHA INI. TETAPI MEMANG PATUT PUN
DIAKAN ARTIS TERKENAL. SELURUH WARGA ARMANIA MENGENALI DIA. JATUH STANDARD DIA
NANTI BERKAWAN DAN BERJABAT TANGAN DENGAN SEMBARANGAN ORANG. LELAKI ITU KETAWA
SENDIRIAN APABILA MENDENGAR JAWAPAN DARIPADA NATASHA. DIA TERUS MENJATUHKAN
TANGANNYA KE SISI SEMULA. DIA MEMPERKENALKAN DIRINYA SEBAGAI ENCIK FIRDAUS,
PEMANDU KERETA YANG DILANGGAR KERETA FAIR LADY MILIK NATASHA SEBENTAR TADI. SEBELUM
SEMPAT ENCIK FIRDAUS BERBUAL PANJANG DAN BERBINCANG DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG
KEMALANGAN YANG BERLAKU SEBENTAR TADI, NATASHA CEPAT-CEPAT MELURU KE DALAM
KERETANYA UNTUK MENGAMBIL BEG TANGANNYA DAN SEGERA DIA MENGELUARKAN DUIT
DARIPADA DOMPETNYA BERJUMLAH HAMPIR RM600. LALU DIA MENAYANGKAN DUIT ITU DI
HADAPAN ENCIK FIRDAUS SAMBIL MEMBERITAHU BAHAWA DUIT YANG DIBERINYA ITU SANGAT
CUKUP BAGI DIGUNAKAN UNTUK MEMBAIKI BAHAGIAN KERETA ENCIK FIRDAUS YANG
DILANGGARNYA TADI. LAGIPUN DIA LIHAT BUKAN TERUK SANGAT KEROSAKAN YANG DIALAMI
KERETA ENCIK FIRDAUS ITU. DIA TERUS MENCAMPAKKAN DUIT ITU KE MUKA ENCIK FIRDAUS
SAMBIL MEMOHON MAAF. ITULAH AKIBATNYA APABILA KETAWAKAN DIA SEBENTAR TADI. DIA
TAHU BAHAWA DIRINYA ITU SEORANG YANG LURUS BENDUL TETAPI JANGANLAH SAMPAI
KETAWAKAN DIRINYA ITU. KALAU BOLEH AJARILAH DIA APABILA MELAKUKAN KESALAHAN. INI
TIDAK TERUS KETAWAKAN DAN MENGEJEK DIRINYA. SEBENARNYA BUKAN ENCIK FIRDAUS
SAHAJA YANG BUAT BEGITU, RAMAI LAGI YANG BERBUAT BEGITU KEPADA DIRINYA
TERUTAMANYA ANTI-PEMINATNYA YANG KEBANYAKANNYA TERDIRI DARIPADA WANITA YANG
CEMBURU AKAN KEMEWAHAN DAN KESEMPURNAAN YANG DIMILIKINYA. SETELAH MEMASUKI
KERETA, DIA TERPANDANG PEMUDA YANG BERPAKAIAN UNIFORM SEKOLAH YANG MENEGURNYA
SEBENTAR TADI. PEMUDA ITU BERDIRI DI TEPI JALAN SAMBIL KEDUA-DUA BELAH
TANGANNYA DIMASUKKAN KE DALAM POKET. OH SUNGGUH KACAK DAN TENANG SEKALI APABILA
MEMANDANG PEMUDA ITU. JADI SEJUK MATA NATASHA MEMANDANGNYA. NATASHA TERSENYUM
SENDIRIAN TANDA MENYUKAINYA. TANPA BERLENGAH NATASHA LAJU MEMECUT KERETA FAIR
LADY-NYA ITU MENINGGALKAN KAWASAN KEMALANGAN. PEMUDA ITU HANYA MEMANDANG SAHAJA
KEPERGIAN NATASHA SAMBIL MENOLEH KE ARAH KERETA MILIK NATASHA ITU. MATANYA
TIDAK BERHENTI MENGEKORI KERETA FAIR LADY MERAH MILIK NATASHA SEHINGGA BAYANG
KERETANYA HILANG DARI PANDANGAN MATA. MANAKALA ENCIK FIRDAUS PULA SEDANG
MENGUTIP WANG YANG DICAMPAKKAN OLEH NATASHA SEBENTAR TADI SAMBIL MENUNJUKKAN
REAKSI MUKA YANG MARAH TERAMAT SANGAT. KERETA NATASHA YANG BERLALU DARI SITU
TIDAK DIHIRAUKANNYA. DIA TERSANGAT BENCI AKAN SIKAP NATASHA YANG KURANG AJAR
ITU. TUNGGULAH, KALAU DIA BERJUMPA LAGI DENGAN NATASHA PASTI AKAN DIHERETNYA KE
MAHKAMAH ATAS SIKAPNYA YANG KURANG AJAR ITU, GETUS HATI ENCIK FIRDAUS. TETAPI
MANA MUNGKIN DIA DAPAT BERBUAT DEMIKIAN KERANA DIA HANYA SEORANG PEMANDU KEPADA
BOSNYA DAN TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KUASA. SESAMPAINYA NATASHA DI LOKASI PENGAMBARAN
IAITU DI TAMAN ORKED VIRGANIA, DIA TERUS MENUJU KE ARAH PENGURUSNYA RAUFI. RAUFI
SEGERA MEMBAWA NATASHA BERJUMPA DENGAN PENGARAH, ENCIK ZAKUAN UNTUK MEMINTA
MAAF. KETIKA DALAM PERJALANAN UNTUK BERJUMPA DENGAN PENGARAH YANG TERSOHOR ITU,
NATASHA SEMPAT BERTANYA SAMBIL BERBISIK KEPADA PENGURUSNYA ITU. DIA BERTANYA
KEPADA RAUFI TENTANG GENRE FILEM YANG AKAN DIBINTANGINYA DI SET PENGAMBARAN
ITU. RAUFI TERKEJUT DAN TERUS MEMARAHI NATASHA KERANA ARTIS TERKENAL YANG
DIURUSNYA ITU TIDAK MENGETAHUI JADUAL KERJANYA SENDIRI. HUH NAMPAK SANGATLAH
YANG SI NATASHA INI SEORANG YANG PEMALAS ORANGNYA. APA SAJA YANG DIBUATNYA DI
RUMAHNYA YANG MEWAH ITU. TENTU ASYIK BERANGAN SAHAJA. ADUHAI APALAH NASIB YANG
MENIMPA RAUFI INI. KALAU DIIKUTKAN HATI MAHU SAHAJA DIA BERHENTI KERJA MENJADI
SEORANG PENGURUS, TETAPI APABILA DIFIKIRKAN APA SAHAJA KERJA YANG BOLEH
DILAKUKANNYA DENGAN KELULUSANNYA YANG TIDAK SEBERAPA DALAM SPM ITU. HUH
TERPAKSALAH DIA BERSABAR DENGAN KERENAH BOSNYA ITU. DENGAN TENANG, RAUFI
MEMBERITAHU NATASHA BAHAWA DIA KE SITU UNTUK PENGAMBARAN IKLAN UNTUK MINUMAN
TENAGA KELUARAN BARU JENAMA 100PLUS. OH BARU NATASHA TERINGAT SEMULA TENTANG
PERJUMPAAN YANG DIADAKAN OLEH AGENSINYA, RULE ENTERTAINMENT BERSAMA WAKIL DARI
SYARIKAT MINUMAN ISOTONIK TERKENAL IAITU 100PLUS PADA MINGGU LEPAS. MEREKA
MENGADAKAN PERJUMPAAN ITU UNTUK MENANDATANGANI KONTRAK MEMPROMOSIKAN MINUMAN
ISOTONIK KELUARAN TERBAHARU 100PLUS. DALAM PERJANJIAN ITU WAKIL SYARIKAT
100PLUS BERSETUJU UNTUK MENGAMBIL NATASHA MENJADI SALAH SEORANG DARIPADA MODEL
BAGI MEMPROMOSIKAN MINUMAN TERBARU KELUARAN SYARIKAT MEREKA. MEREKA MEMBUAT
PERJUMPAAN ITU SECARA SULIT DAN HANYA DIHADIRI OLEH PENGERUSI AGENSI NATASHA,
BEBERAPA WAKIL DARI SYARIKAT 100PLUS, NATASHA DAN PENGURUSNYA RAUFI SERTA
BEBERAPA WARTAWAN DARI SYARIKAT AKHBAR DAN TELEVISYEN TERKENAL DI ARMANIA. OH
KETIKA ITU MEMANG NAMANYA TERLETAK PADA CARTA PERTAMA CARIAN DI INTERNET. RAMAI
PEMINAT LELAKINYA YANG MEMBERI KOMEN TIDAK SABAR MENUNGGU KEMUNCULAN SEMULANYA
DI KACA TELEVISYEN SELEPAS BEBERAPA TAHUN MENYEPI DARIPADA MEMBUAT SEBARANG
KEMUNCULAN DI KACA TV. SEBENARNYA PADA KETIKA ITU BUKAN SENGAJA DIA MENYEPIKAN
DIRINYA TETAPI DISEBABKAN KEKECOHAN YANG BERLAKU APABILA DIA DITANGKAP OLEH
WARTAWAN HIBURAN DAN PAPARAZZI KETIKA DIA SEDANG BERJUMPA DENGAN INSPEKTOR
AZLAN DI GERAI TERPENCIL YANG TERLETAK DI PINGGIR KOTA RAYA ROMANIA. KETIKA ITU
DIA SEDANG MAKAN MALAM BERSAMA INSPEKTOR AZLAN SAMBIL MENYAMAR DENGAN MEMAKAI
CERMIN MATA HITAM DAN BERPAKAIAN SEPERTI ORANG BIASA SAHAJA DENGAN MEMAKAI
T-SHIRT DAN BAJU SEJUK TEBAL SERTA MENGENAKAN SKIRT JEANS YANG PANJANGNYA
SEHINGGA KE PARAS LUTUT NATASHA. DIA JUGA MENGENAKAN TOPI DAN KASUT KASUAL
PUTIH BAGI MEMUDAHKAN PERGERAKANNYA UNTUK BERJALAN DENGAN CEPAT. MEMANG SANGAT
SESUAI DIPAKAINYA SUPAYA APABILA DIA TERTANGKAP OLEH WARTAWAN MEDIA HIBURAN
MUDAHLAH DIA BERLARI KE TEMPAT YANG TERSEMBUNYI. TETAPI APA YANG DIRANCANGNYA,
SEMUANYA TIDAK MENJADI. KETIKA PAPARAZZI DAN WARTAWAN MENYERBUNYA, DIA TIDAK
DAPAT BERLARI KE MANA-MANA. BOLEH DIKATAKAN DIA DIKELILINGI OLEH MEREKA SEMUA
DAN JUMLAH MEREKA SEMUA TERLALU RAMAI. PADAT JADINYA GERAI MAKANAN ITU
DIKELILINGI MEREKA. DIA DAN INSPEKTOR AZLAN TIDAK DAPAT BERBUAT APA-APA.
INSPEKTOR AZLAN KELIHATAN SEPERTI SUDAH BEKU DAN LIDAH KELU UNTUK BERKATA
APA-APA. BEGITU JUGA DENGAN NATASHA. KETIKA ITU RAMAI WARTAWAN YANG MENGAJUKAN
BERMACAM-MACAM JENIS SOALAN TETAPI SOALAN ITU HANYA DIBIARKAN SAHAJA OLEH
NATASHA TANPA SEBARANG JAWAPAN. BUKAN APA KETIKA ITU DIA TIDAK DAPAT FOKUS
TERHADAP SOALAN YANG DIAJUKAN DENGAN BERTUBI-TUBI ITU. BUKAN SAHAJA DISEBABKAN
SOALAN YANG BERTUBI-TUBI DIAJUKAN KEPADANYA, MALAHAN CAHAYA YANG KELUAR
DARIPADA KAMERA PAPARAZZI JUGA MEMBUATKAN DIA KELU DAN TERDIAM MEMBISU.
SEBENARNYA SEBELUM KEJADIAN ITU, NATASHA ADA TERPERASAN BAHAWA DIA TERLIHAT
BEBERAPA BAYANG SEPERTI ORANG YANG SEDANG BERSEMBUNYI DI SEBALIK SEMAK SAMUN DI
SITU, TETAPI DIA BUAT TIDAK TAHU SAHAJA KERANA TERLEKA KETIKA MEMILIH MENU
MAKANAN MEREKA PADA MALAM ITU. NASIB BAIKLAH KETIKA DIA DAN INSPEKTOR AZLAN
SEDANG DIKERUMUNI OLEH WARTAWAN DAN PAPARAZZI, TIBA-TIBA DATANG SEORANG YANG
SUSUK BADANNYA KELIHATAN SEPERTI SEORANG LELAKI DAN MEMAKAI JAKET BERHUD DI
KEPALANYA, BERJEANS DAN BERKASUT SERTA MEMAKAI PENUTUP MULUT DAN BERKACA MATA
HITAM DATANG MENYELAMATKANNYA DENGAN MENARIKNYA KELUAR DARI KEPUNGAN PAPARAZZI
ITU. KETIKA MEREKA SEDANG BERLARI DARI GERAI ITU, RAMAI WARTAWAN DAN PAPARAZZI
MENGEJAR MEREKA SEHINGGA MEREKA DAPAT MENJUMPAI TEMPAT BERSEMBUNYI DAN TIDAK
DAPAT DIHIDU OLEH WARTAWAN. KETIKA WARTAWAN MELEPASI TEMPAT PERSEMBUNYIAN
MEREKA, PEMUDA MISTERI ITU MENOLAK NATASHA KE DINDING SAMBIL MENUTUP MULUT
NATASHA DENGAN TANGAN KIRINYA SUPAYA NATASHA TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG BUNYI.
APABILA KEADAAN MENJADI TENANG, DIA MEMBUKA PENUTUP MULUTNYA LALU BERKATA “MAAF
SAYA TERPAKSA PULANG. SAYA AKAN KEMBALI LAGI”. SELEPAS ITU, DIA TERUS MELARIKAN
DIRI DAN MENINGGALKAN NATASHA YANG SEDANG DALAM KETAKUTAN BEGITU SAHAJA.
NATASHA TERDUDUK SAMBIL BERSANDAR KE DINDING. SELANG BEBERAPA MINIT KEMUDIAN,
NATASHA DIJUMPAI OLEH INSPEKTOR AZLAN DALAM KEADAAN MENGGIGIL DAN KETAKUTAN.
DIA MEMBAWA NATASHA KE DALAM KERETA POLIS. KETIKA ITU, KERETA POLIS DIKERUMUNI
OLEH WARTAWAN DAN PAPARAZZI. SETIBANYA DI HOSPITAL, NATASHA TERUS DIBAWA KE WAD
KECEMASAN. KEESOKAN HARINYA, DIA TERSEDAR DARI PENGSANNYA SEMALAMAN. DIA MENCERITAKAN
KEMBALI DETIK-DETIK CEMAS KETIKA DIA DISELAMATKAN OLEH LELAKI MISTERI BERKACA
MATA HITAM ITU KEPADA INSPEKTOR AZLAN DAN PENGURUSNYA RAUFI. DIA JUGA MENCERITAKAN
RUPA LELAKI MISTERI ITU. WALAUBAGAIMANAPUN, DIA TIDAK BERAPA NAMPAK WAJAHNYA
KERANA LELAKI ITU BERKACA MATA HITAM DAN SUASANA KETIKA ITU SANGAT GELAP.
SELEPAS MENCERITAKAN KEJADIAN ITU KEPADA INSPEKTOR AZLAN , TIBA-TIBA INSPEKTOR
ITU MENYURUH RAUFI KELUAR DARI BILIK WAD NATASHA DENGAN INGIN BERBUAL TENTANG
HAL PERIBADI BERSAMA NATASHA. SELEPAS RAUFI KELUAR DARI BILIK WAD ITU,
INSPEKTOR AZLAN TERUS MENDEKATI NATASHA LALU MEMINTA NATASHA UNTUK BERSABAR DAN
AKAN MENCARI IDENTITI LELAKI MISTERI YANG SELALU MENGEKORINYA SECEPAT MUNGKIN.
LALU DIA MEMBERIKAN SATU CIUMAN KE ATAS DAHI NATASHA. KETIKA ITU NATASHA BERASA
SUNGGUH TERHARU DENGAN PERHATIAN YANG DIBERIKAN OLEH INSPEKTOR ITU. DIA JUGA
SEMPAT MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA INSPEKTOR AZLAN SEBELUM INSPEKTOR YANG
KACAK ITU BEREDAR DARI SITU. KETIKA ITU, HATI NATASHA BERASA BERBUNGA-BUNGA
BAGAI BERADA DI TAMAN BUNGA. SELEPAS RAUFI MASUK KE BILIK SAKITNYA, DIA SEGERA
MENGARAHKAN RAUFI UNTUK MENGEMAS PAKAIANNYA KERANA DIA INGIN BEREDAR DARI
HOSPITAL ITU. RAUFI CUBA MENGHALANG TETAPI APAKAN DAYA NATASHA TETAP BERKERAS
UNTUK PULANG KERANA TIDAK TAHAN DENGAN KEADAAN DI HOSPITAL ITU. KETIKA DIA DAN
RAUFI BERJALAN BERIRINGAN KELUAR DARI HOSPITAL ITU, RAMAI WARTAWAN DAN
PAPARAZZI BERKUMPUL UNTUK MENEMURAMAH NATASHA TETAPI NATASHA MENOLAK AJAKAN ITU
DENGAN BAIK. KETIKA ITU, LAMPU DARI KAMERA TIDAK BERHENTI-HENTI MEMANCARKAN
CAHAYANYA KERANA PAPARAZZI SIBUK MENGAMBIL GAMBAR NATASHA YANG BERPAKAIAN SERBA
RINGKAS ITU. SELEPAS MEMASUKI KERETA, DIA TERUS MENCAPAI TABLETNYA LALU MENCARI
ARTIKEL-ARTIKEL TENTANG DIRINYA DI LAMAN INTERNET. NATASHA KEMBALI BERADA DI
DUNIA NYATA APABILA NAMANYA DIPANGGIL RAUFI UNTUK BERJUMPA DENGAN PENGARAH
PENGAMBARAN IKLAN ITU UNTUK MEMINTA MAAF. SETELAH MEMINTA MAAF, DIA DIARAHKAN
UNTUK KE BILIK PAKAIAN UNTUK MEMILIH BAJU YANG SESUAI DAN MEMAKAI MEKAP. KETIKA
DIA MEMBAWA PAKAIAN YANG DIPILIHNYA UNTUK KE BILIK PERSALINAN, DIA TERLAGA BAHU
DENGAN SEORANG WANITA. KETIKA DIA MENGAMBIL BAJU-BAJUNYA YANG JATUH ITU, WANITA
YANG BERLANGGAR BAHU DENGANNYA TADI TURUT MEMBANTUNYA MENGANGKAT BAJU-BAJU
TERSEBUT. KETIKA ITU, NATASHA TIDAK MENYEDARI WAJAH WANITA TERSEBUT. APABILA
MEREKA BANGUN SELEPAS MENGUTIP BAJU-BAJU TERSEBUT, NATASHA MEMANDANG WAJAH
WANITA ITU UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH. TIBA-TIBA, NATASHA MENJADI KAKU DAN
LIDAH TERKELU UNTUK BERKATA-KATA. WANITA ITU JUGA TURUT MENUNJUKKAN REAKSI
TERKEJUT DENGAN INSIDEN ITU. SELEPAS BEBERAPA SAAT, BARULAH NATASHA BERANI
BERKATA-KATA. HANYA SATU PERKATAAN SAHAJA YANG TERLINTAS DI PEMIKIRANNYA KETIKA
ITU IAITU “SYAKILLA!”.
BERSAMBUNG..