MENGISAHKAN SEORANG LELAKI YANG BARU TAMAT PENGAJIANNYA
DALAM BIDANG UNDANG-UNDANG. DIA JUGA MERUPAKAN SEORANG PENCINTA SEJARAH.
SETELAH TAMAT PENGAJIAN, DIA BARU TAHU YANG NENEKNYA MASIH HIDUP DAN TINGGAL
BERSENDIRIAN DI TEMPAT YANG TERPENCIL. DIA MENJUMPAI NENEKNYA DAN NENEKNYA
MENCERITAKAN SEJARAH KISAH CINTA RAKAN BAIKNYA YANG PENUH TRAGIS.
RAKAN NENEKNYA ITU MERUPAKAN SEORANG PUTERI RAJA. DIA HIDUP
SERBA MEWAH DAN DIHORMATI MASYARAKAT. WALAU BAGAIMANAPUN, KEHIDUPAN BAHAGIANYA
ITU TIDAK SELAMANYA. KERANA MENCINTAI SEORANG JEJAKA, DIA SANGGUP MENINGGALKAN
KELUARGANYA. CINTA YANG TELAH MEMBUNUH DIRINYA. DIA BERJAYA MELARIKAN DIRI DARI
ISTANA BERSAMA JEJAKA TERSEBUT. DIA DAN JEJAKA TERSEBUT MENAIKI KAPAL ‘MEMORY’
UNTUK KE LUAR NEGARA. MEREKA TELAH MENJALINKAN HUBUNGAN DI DALAM KAPAL
TERSEBUT.
SEMASA DI SINGAPURA, DIA BERNIKAH DENGAN JEJAKA TERSEBUT DAN
TINGGAL DI RUMAH YANG SANGAT KECIL. DIA SANGAT TIDAK SELESA DENGAN KEHIDUPANNYA
ITU. DIA MENGENALI SEORANG LELAKI HARTAWAN DI SITU. DIA MERAHSIAKAN HUBUNGANNYA
DENGAN LELAKI TERSEBUT DARIPADA PENGETAHUAN SUAMINYA. LELAKI TERSEBUT
MENGHADIAHKANNYA SEUTAS RANTAI BERTATAHKAN BERLIAN EMAS KEPADANYA.
PADA SUATU HARI, SUAMINYA TAHU TENTANG HUBUNGANNYA DENGAN
LELAKI HARTAWAN TERSEBUT. DIA BERTENGKAR DENGAN SUAMINYA DAN SUAMINYA KELUAR
DARI RUMAH MEREKA. SUAMINYA HILANG TANPA KHABAR BERITA. DIA DIMAKLUMKAN OLEH
RAKAN-RAKANNYA BAHAWA SUAMINYA SUDAH MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN JALAN
RAYA. DIA MELAHIRKAN ANAKNYA DAN MEMBESARKANNYA BERSAMA LELAKI HARTAWAN
TERSEBUT.
SEMASA INGIN PULANG KE NEGARA ASALNYA BERSAMA DENGAN LELAKI
HARTAWAN DAN ANAKNYA ITU, KAPAL YANG DINAIKINYA KARAM. DIA DAN ANAKNYA BERJAYA
DISELAMATKAN TETAPI LELAKI HARTAWAN TERSEBUT MATI DITEMBAK PEGAWAI POLIS KETIKA
DALAM KEADAAN HURU HARA. DIA SEMPAT MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA LELAKI
TERSEBUT SEBELUM MAYATNYA TENGGELAM KE DASAR LAUT.
SEMASA DI PUSAT BANTUAN, DIA TIDAK MEMBERITAHU PEGAWAI DI SITU NAMA SEBENARNYA
MALAHAN MEMBERI NAMA PALSU AGAR DIRINYA TIDAK DIKENALI. DIA TINGGAL
BERSENDIRIAN DAN MEMBESARKAN ANAKNYA DI TEMPAT TERPENCIL. DI SITU DIA MENGENALI
SEORANG GADIS YANG TIADA TEMPAT TINGGAL DAN SUDI UNTUK MEMBANTUNYA MENJAGA
ANAKNYA ITU.
PADA SUATU HARI, GADIS ITU HILANG BERSAMA RANTAI BERTATAHKAN
BERLIAN EMAS MILIKNYA.
LELAKI LULUSAN UNDANG-UNDANG ITU BERTANYAKAN NENEKNYA DI
MANA RAKANNYA ITU SEKARANG. NENEKNYA MENJAWAB DIA ADA DI SYURGA DAN SENTIASA
MUNCUL DALAM MIMPINYA. NENEKNYA MEMBERI SEKEPING GAMBAR RAKANNYA ITU
BERKALUNGKAN SEUTAS RANTAI BERTATAHKAN BERLIAN EMAS BERSAMA ANAKNYA DAN LELAKI
HARTAWAN SEBELUM MEREKA BERTOLAK DARI SINGAPURA.
SEMASA DALAM PERJALANAN PULANG, LELAKI LULUSAN UNDANG-UNDANG
ITU BARU TERINGAT SESUATU DAN TERLUPA UNTUK BERTANYAKAN NENEKNYA BAGAIMANA
NENEKNYA ITU TAHU SEMUA CERITA TENTANG RAKAN BAIK NENEKNYA ITU DAN SIAPAKAH
NENEKNYA YANG SEBENARNYA.
KETIKA DI TERMINAL, DIA TERLANGGAR BAHU DENGAN SEORANG GADIS
YANG BERKACA MATA HITAM DAN KELIHATAN BERADA DALAM KETAKUTAN. RUPA-RUPANYA
GADIS ITU IALAH SEORANG MODEL TERKENAL DAN TIDAK MAHU DIKENALI MASYARAKAT.
BERSAMBUNG..
No comments:
Post a Comment