CERITA INI MENGISAHKAN TENTANG SEORANG WANITA YANG MENCEBURKAN DIRI
DALAM BIDANG PENULISAN. PENULISANNYA SERING MENDAPAT CEMUHAN ORANG RAMAI KERANA
TIDAK PENULISANNYA ITU SERING MENYENTUH SENSITIVITI SESEORANG. DIA SANGAT
DIBENCI SEHINGGAKAN DIA PERNAH CUBA UNTUK DICEDERAKAN OLEH PEMBACA
PENULISANNYA. MATA SEBELAH KIRINYA HAMPIR BUTA KERANA PERNAH DITEMBAK DENGAN
PISTOL AIR YANG DICAMPUR CUKA DAN SOS
CILI.
KETIKA DI HOSPITAL, PENGARAH SYARIKAT PENERBITANNYA DATANG
MELAWATNYA. DIA MENCABARNYA UNTUK MENULIS SEBUAH KARYA YANG DAPAT MENARIK
PEMBACA UNTUK MENYUKAINYA KEMBALI. PENGARAH SYARIKATNYA ITU MENJANJIKAN
GANJARAN YANG LUMAYAN IAITU BERCUTI DI NEGARA EMPAT MUSIM DAN SEJUMLAH WANG
TUNAI RM10,000. DIA SANGAT TERUJA KERANA DARI KECIL DIA MEMPUNYAI IMPIAN UNTUK
BERCUTI PADA MUSIM SALJU.
KETIKA DIA BEREHAT DI WAD, DIA BERMIMPI BERJUMPA KEKASIH HATINYA
PADA MUSIM SALJU. KETIKA DIA SEDANG BERMESRA DENGAN KEKASIHNYA ITU DIA
TERDENGAR SATU TERIAKAN YANG SANGAT KUAT. LALU KEKASIHNYA MENINGGALKANNYA DAN
BERLARI KE ARAH SUARA TERIAKAN. MALANGNYA KEKASIHNYA DILANGGAR DENGAN SEBUAH
LORI.
DIA TERJAGA DARI TIDURNYA. DIA TERKEJUT APABILA MELIHAT
DIRINYA MEMAKAI SEKALUNG RANTAI BERBENTUK BINTANG DI CERMIN. APABILA DIA
MEMBELEK RANTAI ITU, IA MENGELUARKAN SUATU SINARAN YANG LUAR BIASA. SINARAN CAHAYA PUTIH ITU MENYELUBUNGI DIRINYA.
DAN DIA HILANG.
APABILA DIA TERSEDAR DIA BERADA SEBUAH PERKAMPUNGAN. DIA
TERDENGAR SUARA RIUH RENDAH PENDUDUK DI SITU. DIA KE ARAH SUARA ITU.
RUPA-RUPANYA SUARA BISING ITU DATANG DARI SEBUAH PUSAT HIBURAN. KETIKA DIA
HENDAK PERGI DARI SITU, DIA BERTEMU SEORANG WANITA YANG BERWAJH MIRIP RAKANNYA.
DIA BERTANYA KEPADA RAKANNYA APA WANITA ITU
BUAT DI SITU. WANITA ITU TERUS MENARIK LENGANNYA SAMBIL BERKATA DIA
DATANG UNTUK BERHIBUR. APABILA DIA MASUK KE DALAM PUSAT HIBURAN ITU, ALANGKAH
TERKEJUTNYA DIRINYA KERANA DIA SEAKAN-AKAN BERADA DALAM SEBUAH FILEM LAMA.
SEMUA ORANG DI DALAM PUSAT HIBURAN ITU BERPAKAIAN GAYA LAMA SEPERTI PADA ZAMAN 60-AN DAN 70-AN.
PENYANYI DI PENTAS ITU JUGA MENYANYIKAN LAGU LAMA. TIBA-TIBA
DIA TERLANGGAR DENGAN SEORANG JEJAKA BERWAJAH KACAK DAN MUDA. LELAKI ITU TERKEJUT
APABILA MELIHAT WAJAHNYA. DIA TERUS MEMANGGILNYA DENGAN NAMA YANG ASING DAN
TIDAK PERNAH DIDENGARI. LELAKI ITU TURUT BERTANYA KENAPA DIRINYA BERPAKAIAN
SEPERTI PESAKIT DI HOSPITAL DI TEMPAT SEBEGITU. LELAKI ITU TERUS MENARIKNYA KE
BELAKANG PENTAS.
LELAKI ITU MEMBERIKANNYA SEBUAH GAUN YANG SANGAT CANTIK.
KETIKA DIA BERSENDIRIAN MEMAKAI GAUN YANG DIBERIKAN LELAKI ITU, DIA TERDENGAR
SEPERTI SUARA ORANG YANG SEDANG BERGADUH DI BILIK SEBELAH BILIK PERSALINANNYA.
DIA CUBA MENGHENDAP KE DALAM BILIK ITU. TIBA-TIBA SESEORANG TELAH MENOLAKNYA
DARI BELAKANG MEMBUATKAN DIRINYA TERMASUK KE DALAM BILIK ITU.
ALANGKAH TERKEJUTNYA DIA APABILA MELIHAT SEORANG WANITA YANG
BERWAH MIRIP DIRINYA SENDIRI DI HADAPAN MATANYA. WANITA ITU TURUT TERKEJUT
SAMBIL BERTANYA SIAPA DIRINYA YANG BERWAJAH MIRIP DENGANNYA ITU.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment