Tuesday, April 28, 2015

CINTA HATIKU PART 1

(PERTEMUAN TIDAK DISENGAJAKAN)



NATASHA SEORANG PELAKON YANG SANGAT TERKENAL DAN DISEGANI OLEH SEMUA ORANG DI SEKELILINGNYA. KE MANA SAHAJA DIA PERGI PASTI ADA MATA-MATA YANG MEMANDANG. WALAUPUN SERING DILABELKAN SEORANG YANG SOMBONG TETAPI DIA TIDAK PERNAH MENYAKITKAN HATI ORANG DAN LURUS BENDUL ORANGNYA. DIA TIDAK KISAH AKAN SUARA-SUARA YANG DIDENGARINYA MALAHAN HANYA TAHU MELAKUKAN PERKARA YANG DISUKAI DAN DIGEMARI OLEHNYA. JANGAN TIDAK TAHU RUPA-RUPANYA DIA MEMPUNYAI SEBUAH RESTORAN MEWAH MILIKNYA DI IBU KOTA ROMANIA. DIA JUGA MEMPUNYAI SEBUAH KONDOMINIUM MEWAH DAN JUGA SEBUAH KERETA MEWAH FAIR LADY BERWARNA MERAH. BOLEH DIKATAKAN KEHIDUPANNYA SERBA SEMPURNA DAN LENGKAP DAN SERING DICEMBURUI WANITA-WANITA YANG LAIN. BAGINYA HIDUP INI BAGAIKAN DI PENTAS PERAGAAN YANG EKSKLUSIF DAN DIPANDANG OLEH SETIAP VVIP TERKENAL. TAK DAPAT DISANGKAL LAGI WAJAHNYA SERING TERPAPAR DI DADA-DADA AKHBAR DAN MAJALAH-MAJALAH TERKENAL DUNIA. DIA JUGA SERING MUNCUL DI KACA TELEVISYEN DENGAN PELBAGAI GENRE FILEM DAN DRAMA YANG DILAKONKANNYA SERTA BEBERAPA PROGRAM BUAL BICARA YANG DIWAWANCARAKAN OLEHNYA. LAKONANNYA SANGAT BERKESAN DAN DIMINATI RAMAI PEMINAT REMAJA LELAKI. TENGOK SAHAJALAH DRAMA YANG DIBINTANGINYA PUN TIDAK DAPAT DIKIRA MENGGUNAKAN JARI. SANGAT BANYAK DAN TERKENAL DI SETIAP PELOSOK DUNIA. SIAPA SAJA YANG TAK KENAL DIA. SELURUH DUNIA MENGENALI NATASHA SAIDIN. PATUTLAH RAMAI WANITA MENCEMBURUINYA SEHINGGAKAN DIA PERNAH MENDAPAT SURAT UGUTAN DARIPADA PEMINATNYA DAN PINTU RUMAHNYA DIBALING CAT MERAH DARAH. FUH SANGAT TRAGIS SEKALI KEHIDUPANNYA SEBAGAI SEORANG ARTIS TERKENAL TANAH AIR. JANGAN TIDAK TAHU DIA JUGA MEMINATI BIDANG SENI LUKISAN. PADA MASA LAPANGNYA DIA SUKA MELUKIS DAN KESEMUA LUKISANNYA DIPAPARKAN DI PAMERAN YANG DIWUJUDKAN SENDIRI OLEHNYA PADA SETIAP HUJUNG TAHUN. WAH PANDAI SUNGGUH NATASHA MENGUMPUL DUITNYA SENDIRI TANPA PERTOLONGAN ORANG LAIN TERMASUK IBU BAPANYA SENDIRI. BERCAKAP TENTANG IBU BAPANYA PULA. IBUNYA SEORANG SURI RUMAH SEPENUH MASA DAN BAPANYA SEORANG PENIAGA DI KEDAI ROTI. MEREKA TINGGAL DI HUJUNG BANDAR YANG DINAMAKAN KAMPUNG TERATAI. IBUNYA SEORANG YANG BANYAK MULUT DAN SERING MENUNJUK-NUNJUK AKAN KEHEBATAN DAN KECANTIKAN ANAK PEREMPUANNYA ITU. KECOH SATU KAMPUNG DIBUATNYA APABILA BERBUAL-BUAL TENTANG ANAKNYA ITU. MANA TIDAKNYA ANAKNYA ITUKAN SEORANG ARTIS POPULAR DI SELURUH NEGARA ARMANIA. AYAHNYA PULA SEORANG YANG PENYABAR DAN MEMILIH UNTUK TIDAK BERBUAT APA-APA. MANA TIDAKNYA LAGI DIMARAHI ISTERINYA ITU LAGI MENJADI-JADI PERANGAINYA. LEBIH BAIK TIDAK BERBUAT APA-APA TAKUT DIRINYA DILABELKAN SEPERTI TIKUS YANG MEMBAIKI LABU, MAKIN DIBAIKI MAKIN ROSAK. NATASHA SERING TINGGAL BERSENDIRIAN DI RUMAHNYA YANG MEWAH ITU SAMBIL MENONTON TELEVISYEN DAN MEMBACA ARTIKEL-ARTIKEL BERKENAAN DIRINYA DI INTERNET. PADA SUATU HARI, KETIKA MELAYARI INTERNET DIA MENERIMA SEBUAH PANGGILAN DARIPADA PENGURUSNYA RAUFI UNTUK BERGEGAS KE SET PENGGAMBARANNYA DI IBU KOTA ROMANIA. KETIKA DIA MEMPERSIAPKAN DIRI DAN BERSOLEK UNTUK KE SET PENGGAMBARAN, DIA TERLIHAT SEBUAH KOTAK CINCIN DI MANA DI DALAMNYA TERDAPAT SEBENTUK CINCIN BERLIAN DARIPADA PEMINAT MISTERINYA. DIA MENYARUNGKAN CINCIN ITU KE JARI MANISNYA DAN MENAYANGKANNYA DI HADAPAN WAJAHNYA. KETIKA ITU DIA TERSENYUM SENDIRI MENGINGATKAN KEMBALI KISAHNYA KETIKA MENEMUI KOTAK CINCIN ITU DI HADAPAN PINTU RUMAHNYA BERSERTA NOTA YANG TERTULIS “AKU AKAN KEMBALI”. KETIKA ITU DIA PERASAN YANG ADA ORANG SEDANG MEMERHATIKANNYA DI SEBALIK DINDING DAN KETIKA DIA BERPUSING DIA TERLIHAT SEBUAH LEMBAGA MENYERUPAI MANUSIA MELINTAS DI HADAPANNYA. KETIKA ITU DIA TIDAK BERBUAT APA-APA DAN TERUS MASUK KE DALAM RUMAHNYA DENGAN SEGERA. SETELAH MEMASUKI RUMAH DIA TERUS MENGHUBUNGI POLIS DAN PENGURUSNYA RAUFI. RAUFI DAN PEGAWAI POLIS TIBA PADA WAKTU YANG BERASINGAN. RAUFI TIBA DAHULU DI DEPAN PINTU RUMAH NATASHA DAN MENEKAN LOCENG RUMAH ITU. DALAM KEADAAN TAKUT NATASHA MEMBERANIKAN DIRI MENGINTAI DI MUKA PINTU UNTUK MENGETAHUI GERANGAN YANG HADIR KE RUMAHNYA. SETELAH MEMASTIKAN GERANGAN YANG MENEKAN LOCENG ITU IALAH PENGURUSNYA RAUFI, DIA TERUS MEMBUKA PINTU. NATASHA MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA KEPADA RAUFI. KETIKA DIA BERCERITA, TIBA-TIBA TERDAPAT SESEORANG MENEKAN LOCENG RUMAHNYA SAMBIL MENGETUK PINTU DENGAN KUAT. RAUFI TERUS KE MUKA PINTU BAGI MENJENGUK GERANGAN YANG DATANG. RUPA-RUPANYA, ORANG YANG DATANG ITU IALAH PEGAWAI POLIS YANG BARU MENERIMA PANGGILAN DARIPADA IBU PEJABAT POLIS ROMANIA TENTANG KECEMASAN YANG DILAPORKAN OLEH NATASHA SEBENTAR TADI. PEGAWAI POLIS ITU MENGGELARKAN DIRINYA SEBAGAI INSPEKTOR AZLAN DAN MENUNJUKKAN KAD POLISNYA KEPADA RAUFI. SETELAH MENELITI KAD POLIS KEPUNYAAN INSPEKTOR AZLAN ITU, RAUFI TERUS MEMBENARKAN INSPEKTOR ITU MASUK KE DALAM RUMAH. INSPEKTOR AZLAN TERKEJUT DAN TERPESONA APABILA MELIHAT WAJAH NATASHA YANG PUTIH DAN BERSIH KETIKA NATASHA MEMALINGKAN WAJAHNYA KE ARAHNYA SAMBIL TERSENYUM RINGKAS. NATASHA CUBA MENGAWAL KETAKUTANNYA DENGAN MEMBERANIKAN DIRI MEMAPARKAN SENYUMAN SEIKHLAS MUNGKIN KEPADA PEGAWAI POLIS ITU. INSPEKTOR AZLAN TERUS MEMPERKENALKAN DIRINYA KEPADA NATASHA DAN MENANYAKAN TENTANG MASALAH YANG BERLAKU KEPADANYA. NATASHA CUBA MENJAWAB PERTANYAAN INSPEKTOR AZLAN SEBAIK MUNGKIN DENGAN TENANG. INSPEKTOR AZLAN SUNGGUH TIDAK PERCAYA APABILA DIA DAPAT BERTENTANGAN MATA DENGAN PELAKON YANG TERKENAL DALAM KALANGAN PEMINAT LELAKI SEPERTINYA ITU. SETELAH BERTANYAKAN BEBERAPA SOALAN, INSPEKTOR AZLAN SEMPAT MENELITI SETIAP SUDUT RUMAH NATASHA DAN DIA SANGAT MENGAGUMI AKAN RUMAH NATASHA YANG BESAR DAN MEWAH ITU. SEBELUM PULANG, DIA SEMPAT MEMINTA NOMBOR TELEFON MILIK NATASHA AGAR MUDAH MENGHUBUNGINYA KETIKA BERLAKU APA-APA KECEMASAN. SAMBIL MENYELAM MINUM AIR, INSPEKTOR AZLAN JUGA DAPAT LEBIH BERAMAH MESRA DENGAN AKTRIS PUJAANNYA ITU MELALUI TELEFON. BUKAN APA DIA SANGAT TERUJA APABILA MENGETAHUI KLIENNYA ITU MERUPAKAN SEORANG JELITAWAN DAN AKTRIS YANG TERKENAL. SEMENJAK KEJADIAN ITU MEREKA SALING BERTEMU DAN BERBUAL MELALUI TELEFON. NATASHA SANGAT MENYENANGI INSPEKTOR AZLAN KERANA GAYANYA YANG SEMPOI DAN MELUCUKAN. BAGI NATASHA, INSPEKTOR AZLAN SEORANG YANG MUDAH DIDEKATI DAN MATANG ORANGNYA. INSPEKTOR AZLAN JUGA PANDAI MENGAMBIL HATINYA. PERNAH SUATU MASA, INSPEKTOR ITU MENGAJAKNYA BERJUMPA DI TEPI TASIK ARGANIA PADA WAKTU MALAM. SANGAT NYAMAN SEKALI CUACA KETIKA ITU. UDARA BERTIUP SEPOI-SEPOI BAHASA. PADA KETIKA ITU DIA TERPAKSA MENYAMAR DENGAN MEMAKAI HUD JAKET DI KEPALANYA DAN MEMAKAI CERMIN MATA HITAM AGAR IDENTITINYA TIDAK DAPAT DIHIDU OLEH PENGUNJUNG DI SITU. MANA TIDAKNYA, KALAU IDENTITINYA DIKETAHUI RAMAI DI TEMPAT SEBEGITU PASTI NAMANYA AKAN TERCALAR KERANA DIA SEORANG SELEBRITI YANG TERMASYHUR DAN TERKENAL DI SELURUH NEGARA ARMANIA. PASTI WARTAWAN-WARTAWAN DAN PAPARAZZI MENGELILINGINYA PADA KETIKA ITU. HUH MALU SUNGGUH DAN TIDAK DAPAT BERLARI KE MANA-MANA KETIKA ITU. KETIKA NATASHA BERJUMPA DENGAN INSPEKTOR AZLAN, INSPEKTOR ITU MENGHADIAHINYA SEJAMBAK BUNGA ROS MERAH DAN SEKOTAK COKLAT JENAMA TERKENAL. SELEPAS ITU, INSPEKTOR AZLAN MENGAJAKNYA BERBUAL SAMBIL BERMAIN BUNGA API. OH SUNGGUH INDAH SEKALI KETIKA ITU. KRING KRING! TELEFON BIMBIT MILIK NATASHA BERBUNYI MINTA DIANGKAT. NATASHA TERUS TERJAGA DARIPADA LAMUNANNYA. TELEFON BIMBITNYA TERUS DIANGKAT DAN RUPA-RUPANYA YANG MENELEFONNYA IALAH PENGURUSNYA RAUFI MEMINTA DIRINYA AGAR SEGERA KE SET PENGAMBARAN KERANA PENGARAH SUDAH NAIK BERANG DI ATAS KELEWATANNYA KE SITU. DIA PUN SEGERA MENGAMBIL BEG TANGANNYA DAN TERUS KELUAR DARI RUMAH APARTMENNYA ITU. KETIKA DIA MENUNGGU LIF, DIA MENERIMA SATU LAGI PANGGILAN DARIPADA RAKAN BAIKNYA ZURINA YANG BEKERJA DI SYARIKAT TELEVISYEN TERKENAL IAITU SNC YANG MEMBERITAHU BERITA TENTANG SEORANG KERABAT DIRAJA YANG BARU-BARU INI NAMANYA NAIK DI ATAS GOSIP PERKAHWINANNYA BERSAMA SEORANG PELAKON WANITA TERKENAL BAKAL BERLANGSUNG TIDAK LAMA LAGI. BUKAN APA DIA MENELEFON UNTUK BERTANYAKAN KEPADA NATASHA SAMA ADA DIAKAH PELAKON WANITA YANG DIMAKSUDKAN ITU. NATASHA MENIDAKKAN SANGKAAN RAKANNYA ITU DAN MEMINTA RAKANNYA ITU MENGHANTAR FOTO PEMUDA KERABAT DIRAJA ITU. KETIKA MENUNGGU LIF TURUN KE TEMPAT PARKIR, DIA BERFIKIR SIAPAKAH PELAKON WANITA YANG DIMAKSUDKAN RAKANNYA ITU. SIAPA LAGI PELAKON WANITA YANG POPULAR DI ARMANIA KALAU BUKAN DIRINYA SENDIRI. SIAPA SAJA YANG BERANI MENCANTAS KEHEBATAN DAN POPULARITI YANG DIMILIKINYA. HEI INI NATASHA SAIDIN LAH, TIADA SIAPA YANG BOLEH MENJADI SEHEBAT AKU, FIKIRNYA. KETIKA MEMASUKI KERETA DIA MENERIMA MMS DARIPADA ZURINA YANG MERUPAKAN GAMBAR PEMUDA KERABAT DIRAJA YANG DISAYANGI RAMAI ITU. KETIKA MELIHAT GAMBAR ITU DIA SEPERTI ACUH TIDAK ACUH SAHAJA KERANA MENGEJAR MASA UNTUK SAMPAI CEPAT KE SET PENGAMBARAN. KETIKA DIA HENDAK MEMULAKAN PERJALANAN, BARU DIA TERSEDAR BAHAWA DIA MASIH MENYARUNGKAN CINCIN BERLIAN HADIAH DARIPADA PEMINAT FANATIKNYA PADA JARI MANISNYA. KETIKA ITU KEDUA-DUA TANGANNYA BERADA DI ATAS STERENG KERETA. DIA MEMBELEK-BELEK CINCIN ITU SAMBIL TERSENYUM SINIS. LALU DIA MENCABUT CINCIN ITU DARIPADA JARINYA DAN MENCAMPAKKANNYA KE BAWAH KERUSI. DIA TERUS MEMECUT LAJU KERETANYA SELEPAS ITU. KETIKA DIA SEDANG ASYIK MEMANDU KERETA FAIR LADY-NYA ITU SAMBIL MENDENGAR MUZIK YANG DIPUTARKAN DI RADIO, DIA TIDAK PERASAN BAHAWA LAMPU TRAFIK SUDAH BERTUKAR MERAH LALU TERLANGGAR KERETA DI HADAPAN KERETANYA. NATASHA CEPAT-CEPAT KELUAR DARI KERETANYA LALU MELIHAT BAHAGIAN KERETA YANG DILANGGARNYA. KETIKA ITU DIA BERASA SUNGGUH CEMAS DAN TAKUT. DIA CEPAT-CEPAT MENGAMBIL TELEFON BIMBIT DARI KERETANYA DAN TERUS MENDAIL NOMBOR TELEFON PENGURUSNYA RAUFI. KETIKA DIA SEDANG MENUNGGU JAWAPAN DARIPADA RAUFI, TIBA-TIBA DIA BERASA BAHUNYA DITEGUR SESEORANG. DIA TERUS MEMALINGKAN WAJAHNYA KE ARAH ORANG YANG MENEGURNYA ITU. DIA TERKEJUT DAN TERGAMAM APABILA MELIHAT PEMUDA YANG BERDIRI DI HADAPANNYA ITU LALU MENJATUHKAN TELEFON BIMBIT YANG DIPEGANGNYA. PEMUDA ITU TURUT BERTANYA SAMA ADA KERETA YANG MELANGGAR KERETANYA ITU MILIK NATASHA ATAU BUKAN.


BERSAMBUNG..


Wednesday, April 1, 2015

THE WOMAN IN HEAVEN PART 1

MENGISAHKAN SEORANG LELAKI YANG BARU TAMAT PENGAJIANNYA DALAM BIDANG UNDANG-UNDANG. DIA JUGA MERUPAKAN SEORANG PENCINTA SEJARAH. SETELAH TAMAT PENGAJIAN, DIA BARU TAHU YANG NENEKNYA MASIH HIDUP DAN TINGGAL BERSENDIRIAN DI TEMPAT YANG TERPENCIL. DIA MENJUMPAI NENEKNYA DAN NENEKNYA MENCERITAKAN SEJARAH KISAH CINTA RAKAN BAIKNYA YANG PENUH TRAGIS.

RAKAN NENEKNYA ITU MERUPAKAN SEORANG PUTERI RAJA. DIA HIDUP SERBA MEWAH DAN DIHORMATI MASYARAKAT. WALAU BAGAIMANAPUN, KEHIDUPAN BAHAGIANYA ITU TIDAK SELAMANYA. KERANA MENCINTAI SEORANG JEJAKA, DIA SANGGUP MENINGGALKAN KELUARGANYA. CINTA YANG TELAH MEMBUNUH DIRINYA. DIA BERJAYA MELARIKAN DIRI DARI ISTANA BERSAMA JEJAKA TERSEBUT. DIA DAN JEJAKA TERSEBUT MENAIKI KAPAL ‘MEMORY’ UNTUK KE LUAR NEGARA. MEREKA TELAH MENJALINKAN HUBUNGAN DI DALAM KAPAL TERSEBUT.

SEMASA DI SINGAPURA, DIA BERNIKAH DENGAN JEJAKA TERSEBUT DAN TINGGAL DI RUMAH YANG SANGAT KECIL. DIA SANGAT TIDAK SELESA DENGAN KEHIDUPANNYA ITU. DIA MENGENALI SEORANG LELAKI HARTAWAN DI SITU. DIA MERAHSIAKAN HUBUNGANNYA DENGAN LELAKI TERSEBUT DARIPADA PENGETAHUAN SUAMINYA. LELAKI TERSEBUT MENGHADIAHKANNYA SEUTAS RANTAI BERTATAHKAN BERLIAN EMAS KEPADANYA.

PADA SUATU HARI, SUAMINYA TAHU TENTANG HUBUNGANNYA DENGAN LELAKI HARTAWAN TERSEBUT. DIA BERTENGKAR DENGAN SUAMINYA DAN SUAMINYA KELUAR DARI RUMAH MEREKA. SUAMINYA HILANG TANPA KHABAR BERITA. DIA DIMAKLUMKAN OLEH RAKAN-RAKANNYA BAHAWA SUAMINYA SUDAH MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA. DIA MELAHIRKAN ANAKNYA DAN MEMBESARKANNYA BERSAMA LELAKI HARTAWAN TERSEBUT.

SEMASA INGIN PULANG KE NEGARA ASALNYA BERSAMA DENGAN LELAKI HARTAWAN DAN ANAKNYA ITU, KAPAL YANG DINAIKINYA KARAM. DIA DAN ANAKNYA BERJAYA DISELAMATKAN TETAPI LELAKI HARTAWAN TERSEBUT MATI DITEMBAK PEGAWAI POLIS KETIKA DALAM KEADAAN HURU HARA. DIA SEMPAT MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA LELAKI TERSEBUT SEBELUM MAYATNYA TENGGELAM KE DASAR LAUT.

SEMASA DI PUSAT BANTUAN, DIA TIDAK  MEMBERITAHU PEGAWAI DI SITU NAMA SEBENARNYA MALAHAN MEMBERI NAMA PALSU AGAR DIRINYA TIDAK DIKENALI. DIA TINGGAL BERSENDIRIAN DAN MEMBESARKAN ANAKNYA DI TEMPAT TERPENCIL. DI SITU DIA MENGENALI SEORANG GADIS YANG TIADA TEMPAT TINGGAL DAN SUDI UNTUK MEMBANTUNYA MENJAGA ANAKNYA ITU.

PADA SUATU HARI, GADIS ITU HILANG BERSAMA RANTAI BERTATAHKAN BERLIAN EMAS MILIKNYA.

LELAKI LULUSAN UNDANG-UNDANG ITU BERTANYAKAN NENEKNYA DI MANA RAKANNYA ITU SEKARANG. NENEKNYA MENJAWAB DIA ADA DI SYURGA DAN SENTIASA MUNCUL DALAM MIMPINYA. NENEKNYA MEMBERI SEKEPING GAMBAR RAKANNYA ITU BERKALUNGKAN SEUTAS RANTAI BERTATAHKAN BERLIAN EMAS BERSAMA ANAKNYA DAN LELAKI HARTAWAN SEBELUM MEREKA BERTOLAK DARI SINGAPURA.

SEMASA DALAM PERJALANAN PULANG, LELAKI LULUSAN UNDANG-UNDANG ITU BARU TERINGAT SESUATU DAN TERLUPA UNTUK BERTANYAKAN NENEKNYA BAGAIMANA NENEKNYA ITU TAHU SEMUA CERITA TENTANG RAKAN BAIK NENEKNYA ITU DAN SIAPAKAH NENEKNYA YANG SEBENARNYA.

KETIKA DI TERMINAL, DIA TERLANGGAR BAHU DENGAN SEORANG GADIS YANG BERKACA MATA HITAM DAN KELIHATAN BERADA DALAM KETAKUTAN. RUPA-RUPANYA GADIS ITU IALAH SEORANG MODEL TERKENAL DAN TIDAK MAHU DIKENALI MASYARAKAT.

BERSAMBUNG..