Friday, May 1, 2015

CINTA HATIKU PART 2

(APABILA DUA WANITA BERTEMU)



“HEI, BUDAK NI MACAM BUDAK SEKOLAH JE, DAH PANDAI BAWA KERETA, BIAR BETUL,” BISIK HATI NATASHA. DIA TERUS BERTANYA KEPADA PEMUDA DI HADAPANNYA ITU SAMA ADA KERETA YANG DILANGGARNYA SEBENTAR TADI MILIK PEMUDA ITU ATAU BUKAN. PEMUDA ITU TIDAK MENJAWAB APA-APA. TIBA-TIBA SEORANG LELAKI BERUSIA LEBIH KURANG 30-AN KELUAR DARI TEMPAT PEMANDU KERETA YANG DILANGGARNYA TADI. LELAKI ITU KELIHATAN SUNGGUH SEGAK MEMAKAI SUT HITAM SEPERTI SEORANG STAF PEJABAT. LELAKI ITU TERUS MENYAPA NATASHA DAN MENGHULURKAN TANGAN UNTUK BERSALAM DENGANNYA. NATASHA BUAT TIDAK ENDAH SAHAJA AKAN HULURAN TANGAN YANG DIBERI OLEH LELAKI ITU. DIA TURUT BERKATA DIA TIDAK BERJABAT TANGAN DENGAN SEMBARANGAN ORANG TAKUT ADA KUMAN MEREBAK KE TANGANNYA PULA. HUH PEMBERSIH SUNGGUH NATASHA INI. TETAPI MEMANG PATUT PUN DIAKAN ARTIS TERKENAL. SELURUH WARGA ARMANIA MENGENALI DIA. JATUH STANDARD DIA NANTI BERKAWAN DAN BERJABAT TANGAN DENGAN SEMBARANGAN ORANG. LELAKI ITU KETAWA SENDIRIAN APABILA MENDENGAR JAWAPAN DARIPADA NATASHA. DIA TERUS MENJATUHKAN TANGANNYA KE SISI SEMULA. DIA MEMPERKENALKAN DIRINYA SEBAGAI ENCIK FIRDAUS, PEMANDU KERETA YANG DILANGGAR KERETA FAIR LADY MILIK NATASHA SEBENTAR TADI. SEBELUM SEMPAT ENCIK FIRDAUS BERBUAL PANJANG DAN BERBINCANG DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG KEMALANGAN YANG BERLAKU SEBENTAR TADI, NATASHA CEPAT-CEPAT MELURU KE DALAM KERETANYA UNTUK MENGAMBIL BEG TANGANNYA DAN SEGERA DIA MENGELUARKAN DUIT DARIPADA DOMPETNYA BERJUMLAH HAMPIR RM600. LALU DIA MENAYANGKAN DUIT ITU DI HADAPAN ENCIK FIRDAUS SAMBIL MEMBERITAHU BAHAWA DUIT YANG DIBERINYA ITU SANGAT CUKUP BAGI DIGUNAKAN UNTUK MEMBAIKI BAHAGIAN KERETA ENCIK FIRDAUS YANG DILANGGARNYA TADI. LAGIPUN DIA LIHAT BUKAN TERUK SANGAT KEROSAKAN YANG DIALAMI KERETA ENCIK FIRDAUS ITU. DIA TERUS MENCAMPAKKAN DUIT ITU KE MUKA ENCIK FIRDAUS SAMBIL MEMOHON MAAF. ITULAH AKIBATNYA APABILA KETAWAKAN DIA SEBENTAR TADI. DIA TAHU BAHAWA DIRINYA ITU SEORANG YANG LURUS BENDUL TETAPI JANGANLAH SAMPAI KETAWAKAN DIRINYA ITU. KALAU BOLEH AJARILAH DIA APABILA MELAKUKAN KESALAHAN. INI TIDAK TERUS KETAWAKAN DAN MENGEJEK DIRINYA. SEBENARNYA BUKAN ENCIK FIRDAUS SAHAJA YANG BUAT BEGITU, RAMAI LAGI YANG BERBUAT BEGITU KEPADA DIRINYA TERUTAMANYA ANTI-PEMINATNYA YANG KEBANYAKANNYA TERDIRI DARIPADA WANITA YANG CEMBURU AKAN KEMEWAHAN DAN KESEMPURNAAN YANG DIMILIKINYA. SETELAH MEMASUKI KERETA, DIA TERPANDANG PEMUDA YANG BERPAKAIAN UNIFORM SEKOLAH YANG MENEGURNYA SEBENTAR TADI. PEMUDA ITU BERDIRI DI TEPI JALAN SAMBIL KEDUA-DUA BELAH TANGANNYA DIMASUKKAN KE DALAM POKET. OH SUNGGUH KACAK DAN TENANG SEKALI APABILA MEMANDANG PEMUDA ITU. JADI SEJUK MATA NATASHA MEMANDANGNYA. NATASHA TERSENYUM SENDIRIAN TANDA MENYUKAINYA. TANPA BERLENGAH NATASHA LAJU MEMECUT KERETA FAIR LADY-NYA ITU MENINGGALKAN KAWASAN KEMALANGAN. PEMUDA ITU HANYA MEMANDANG SAHAJA KEPERGIAN NATASHA SAMBIL MENOLEH KE ARAH KERETA MILIK NATASHA ITU. MATANYA TIDAK BERHENTI MENGEKORI KERETA FAIR LADY MERAH MILIK NATASHA SEHINGGA BAYANG KERETANYA HILANG DARI PANDANGAN MATA. MANAKALA ENCIK FIRDAUS PULA SEDANG MENGUTIP WANG YANG DICAMPAKKAN OLEH NATASHA SEBENTAR TADI SAMBIL MENUNJUKKAN REAKSI MUKA YANG MARAH TERAMAT SANGAT. KERETA NATASHA YANG BERLALU DARI SITU TIDAK DIHIRAUKANNYA. DIA TERSANGAT BENCI AKAN SIKAP NATASHA YANG KURANG AJAR ITU. TUNGGULAH, KALAU DIA BERJUMPA LAGI DENGAN NATASHA PASTI AKAN DIHERETNYA KE MAHKAMAH ATAS SIKAPNYA YANG KURANG AJAR ITU, GETUS HATI ENCIK FIRDAUS. TETAPI MANA MUNGKIN DIA DAPAT BERBUAT DEMIKIAN KERANA DIA HANYA SEORANG PEMANDU KEPADA BOSNYA DAN TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KUASA. SESAMPAINYA NATASHA DI LOKASI PENGAMBARAN IAITU DI TAMAN ORKED VIRGANIA, DIA TERUS MENUJU KE ARAH PENGURUSNYA RAUFI. RAUFI SEGERA MEMBAWA NATASHA BERJUMPA DENGAN PENGARAH, ENCIK ZAKUAN UNTUK MEMINTA MAAF. KETIKA DALAM PERJALANAN UNTUK BERJUMPA DENGAN PENGARAH YANG TERSOHOR ITU, NATASHA SEMPAT BERTANYA SAMBIL BERBISIK KEPADA PENGURUSNYA ITU. DIA BERTANYA KEPADA RAUFI TENTANG GENRE FILEM YANG AKAN DIBINTANGINYA DI SET PENGAMBARAN ITU. RAUFI TERKEJUT DAN TERUS MEMARAHI NATASHA KERANA ARTIS TERKENAL YANG DIURUSNYA ITU TIDAK MENGETAHUI JADUAL KERJANYA SENDIRI. HUH NAMPAK SANGATLAH YANG SI NATASHA INI SEORANG YANG PEMALAS ORANGNYA. APA SAJA YANG DIBUATNYA DI RUMAHNYA YANG MEWAH ITU. TENTU ASYIK BERANGAN SAHAJA. ADUHAI APALAH NASIB YANG MENIMPA RAUFI INI. KALAU DIIKUTKAN HATI MAHU SAHAJA DIA BERHENTI KERJA MENJADI SEORANG PENGURUS, TETAPI APABILA DIFIKIRKAN APA SAHAJA KERJA YANG BOLEH DILAKUKANNYA DENGAN KELULUSANNYA YANG TIDAK SEBERAPA DALAM SPM ITU. HUH TERPAKSALAH DIA BERSABAR DENGAN KERENAH BOSNYA ITU. DENGAN TENANG, RAUFI MEMBERITAHU NATASHA BAHAWA DIA KE SITU UNTUK PENGAMBARAN IKLAN UNTUK MINUMAN TENAGA KELUARAN BARU JENAMA 100PLUS. OH BARU NATASHA TERINGAT SEMULA TENTANG PERJUMPAAN YANG DIADAKAN OLEH AGENSINYA, RULE ENTERTAINMENT BERSAMA WAKIL DARI SYARIKAT MINUMAN ISOTONIK TERKENAL IAITU 100PLUS PADA MINGGU LEPAS. MEREKA MENGADAKAN PERJUMPAAN ITU UNTUK MENANDATANGANI KONTRAK MEMPROMOSIKAN MINUMAN ISOTONIK KELUARAN TERBAHARU 100PLUS. DALAM PERJANJIAN ITU WAKIL SYARIKAT 100PLUS BERSETUJU UNTUK MENGAMBIL NATASHA MENJADI SALAH SEORANG DARIPADA MODEL BAGI MEMPROMOSIKAN MINUMAN TERBARU KELUARAN SYARIKAT MEREKA. MEREKA MEMBUAT PERJUMPAAN ITU SECARA SULIT DAN HANYA DIHADIRI OLEH PENGERUSI AGENSI NATASHA, BEBERAPA WAKIL DARI SYARIKAT 100PLUS, NATASHA DAN PENGURUSNYA RAUFI SERTA BEBERAPA WARTAWAN DARI SYARIKAT AKHBAR DAN TELEVISYEN TERKENAL DI ARMANIA. OH KETIKA ITU MEMANG NAMANYA TERLETAK PADA CARTA PERTAMA CARIAN DI INTERNET. RAMAI PEMINAT LELAKINYA YANG MEMBERI KOMEN TIDAK SABAR MENUNGGU KEMUNCULAN SEMULANYA DI KACA TELEVISYEN SELEPAS BEBERAPA TAHUN MENYEPI DARIPADA MEMBUAT SEBARANG KEMUNCULAN DI KACA TV. SEBENARNYA PADA KETIKA ITU BUKAN SENGAJA DIA MENYEPIKAN DIRINYA TETAPI DISEBABKAN KEKECOHAN YANG BERLAKU APABILA DIA DITANGKAP OLEH WARTAWAN HIBURAN DAN PAPARAZZI KETIKA DIA SEDANG BERJUMPA DENGAN INSPEKTOR AZLAN DI GERAI TERPENCIL YANG TERLETAK DI PINGGIR KOTA RAYA ROMANIA. KETIKA ITU DIA SEDANG MAKAN MALAM BERSAMA INSPEKTOR AZLAN SAMBIL MENYAMAR DENGAN MEMAKAI CERMIN MATA HITAM DAN BERPAKAIAN SEPERTI ORANG BIASA SAHAJA DENGAN MEMAKAI T-SHIRT DAN BAJU SEJUK TEBAL SERTA MENGENAKAN SKIRT JEANS YANG PANJANGNYA SEHINGGA KE PARAS LUTUT NATASHA. DIA JUGA MENGENAKAN TOPI DAN KASUT KASUAL PUTIH BAGI MEMUDAHKAN PERGERAKANNYA UNTUK BERJALAN DENGAN CEPAT. MEMANG SANGAT SESUAI DIPAKAINYA SUPAYA APABILA DIA TERTANGKAP OLEH WARTAWAN MEDIA HIBURAN MUDAHLAH DIA BERLARI KE TEMPAT YANG TERSEMBUNYI. TETAPI APA YANG DIRANCANGNYA, SEMUANYA TIDAK MENJADI. KETIKA PAPARAZZI DAN WARTAWAN MENYERBUNYA, DIA TIDAK DAPAT BERLARI KE MANA-MANA. BOLEH DIKATAKAN DIA DIKELILINGI OLEH MEREKA SEMUA DAN JUMLAH MEREKA SEMUA TERLALU RAMAI. PADAT JADINYA GERAI MAKANAN ITU DIKELILINGI MEREKA. DIA DAN INSPEKTOR AZLAN TIDAK DAPAT BERBUAT APA-APA. INSPEKTOR AZLAN KELIHATAN SEPERTI SUDAH BEKU DAN LIDAH KELU UNTUK BERKATA APA-APA. BEGITU JUGA DENGAN NATASHA. KETIKA ITU RAMAI WARTAWAN YANG MENGAJUKAN BERMACAM-MACAM JENIS SOALAN TETAPI SOALAN ITU HANYA DIBIARKAN SAHAJA OLEH NATASHA TANPA SEBARANG JAWAPAN. BUKAN APA KETIKA ITU DIA TIDAK DAPAT FOKUS TERHADAP SOALAN YANG DIAJUKAN DENGAN BERTUBI-TUBI ITU. BUKAN SAHAJA DISEBABKAN SOALAN YANG BERTUBI-TUBI DIAJUKAN KEPADANYA, MALAHAN CAHAYA YANG KELUAR DARIPADA KAMERA PAPARAZZI JUGA MEMBUATKAN DIA KELU DAN TERDIAM MEMBISU. SEBENARNYA SEBELUM KEJADIAN ITU, NATASHA ADA TERPERASAN BAHAWA DIA TERLIHAT BEBERAPA BAYANG SEPERTI ORANG YANG SEDANG BERSEMBUNYI DI SEBALIK SEMAK SAMUN DI SITU, TETAPI DIA BUAT TIDAK TAHU SAHAJA KERANA TERLEKA KETIKA MEMILIH MENU MAKANAN MEREKA PADA MALAM ITU. NASIB BAIKLAH KETIKA DIA DAN INSPEKTOR AZLAN SEDANG DIKERUMUNI OLEH WARTAWAN DAN PAPARAZZI, TIBA-TIBA DATANG SEORANG YANG SUSUK BADANNYA KELIHATAN SEPERTI SEORANG LELAKI DAN MEMAKAI JAKET BERHUD DI KEPALANYA, BERJEANS DAN BERKASUT SERTA MEMAKAI PENUTUP MULUT DAN BERKACA MATA HITAM DATANG MENYELAMATKANNYA DENGAN MENARIKNYA KELUAR DARI KEPUNGAN PAPARAZZI ITU. KETIKA MEREKA SEDANG BERLARI DARI GERAI ITU, RAMAI WARTAWAN DAN PAPARAZZI MENGEJAR MEREKA SEHINGGA MEREKA DAPAT MENJUMPAI TEMPAT BERSEMBUNYI DAN TIDAK DAPAT DIHIDU OLEH WARTAWAN. KETIKA WARTAWAN MELEPASI TEMPAT PERSEMBUNYIAN MEREKA, PEMUDA MISTERI ITU MENOLAK NATASHA KE DINDING SAMBIL MENUTUP MULUT NATASHA DENGAN TANGAN KIRINYA SUPAYA NATASHA TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG BUNYI. APABILA KEADAAN MENJADI TENANG, DIA MEMBUKA PENUTUP MULUTNYA LALU BERKATA “MAAF SAYA TERPAKSA PULANG. SAYA AKAN KEMBALI LAGI”. SELEPAS ITU, DIA TERUS MELARIKAN DIRI DAN MENINGGALKAN NATASHA YANG SEDANG DALAM KETAKUTAN BEGITU SAHAJA. NATASHA TERDUDUK SAMBIL BERSANDAR KE DINDING. SELANG BEBERAPA MINIT KEMUDIAN, NATASHA DIJUMPAI OLEH INSPEKTOR AZLAN DALAM KEADAAN MENGGIGIL DAN KETAKUTAN. DIA MEMBAWA NATASHA KE DALAM KERETA POLIS. KETIKA ITU, KERETA POLIS DIKERUMUNI OLEH WARTAWAN DAN PAPARAZZI. SETIBANYA DI HOSPITAL, NATASHA TERUS DIBAWA KE WAD KECEMASAN. KEESOKAN HARINYA, DIA TERSEDAR DARI PENGSANNYA SEMALAMAN. DIA MENCERITAKAN KEMBALI DETIK-DETIK CEMAS KETIKA DIA DISELAMATKAN OLEH LELAKI MISTERI BERKACA MATA HITAM ITU KEPADA INSPEKTOR AZLAN DAN PENGURUSNYA RAUFI. DIA JUGA MENCERITAKAN RUPA LELAKI MISTERI ITU. WALAUBAGAIMANAPUN, DIA TIDAK BERAPA NAMPAK WAJAHNYA KERANA LELAKI ITU BERKACA MATA HITAM DAN SUASANA KETIKA ITU SANGAT GELAP. SELEPAS MENCERITAKAN KEJADIAN ITU KEPADA INSPEKTOR AZLAN , TIBA-TIBA INSPEKTOR ITU MENYURUH RAUFI KELUAR DARI BILIK WAD NATASHA DENGAN INGIN BERBUAL TENTANG HAL PERIBADI BERSAMA NATASHA. SELEPAS RAUFI KELUAR DARI BILIK WAD ITU, INSPEKTOR AZLAN TERUS MENDEKATI NATASHA LALU MEMINTA NATASHA UNTUK BERSABAR DAN AKAN MENCARI IDENTITI LELAKI MISTERI YANG SELALU MENGEKORINYA SECEPAT MUNGKIN. LALU DIA MEMBERIKAN SATU CIUMAN KE ATAS DAHI NATASHA. KETIKA ITU NATASHA BERASA SUNGGUH TERHARU DENGAN PERHATIAN YANG DIBERIKAN OLEH INSPEKTOR ITU. DIA JUGA SEMPAT MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA INSPEKTOR AZLAN SEBELUM INSPEKTOR YANG KACAK ITU BEREDAR DARI SITU. KETIKA ITU, HATI NATASHA BERASA BERBUNGA-BUNGA BAGAI BERADA DI TAMAN BUNGA. SELEPAS RAUFI MASUK KE BILIK SAKITNYA, DIA SEGERA MENGARAHKAN RAUFI UNTUK MENGEMAS PAKAIANNYA KERANA DIA INGIN BEREDAR DARI HOSPITAL ITU. RAUFI CUBA MENGHALANG TETAPI APAKAN DAYA NATASHA TETAP BERKERAS UNTUK PULANG KERANA TIDAK TAHAN DENGAN KEADAAN DI HOSPITAL ITU. KETIKA DIA DAN RAUFI BERJALAN BERIRINGAN KELUAR DARI HOSPITAL ITU, RAMAI WARTAWAN DAN PAPARAZZI BERKUMPUL UNTUK MENEMURAMAH NATASHA TETAPI NATASHA MENOLAK AJAKAN ITU DENGAN BAIK. KETIKA ITU, LAMPU DARI KAMERA TIDAK BERHENTI-HENTI MEMANCARKAN CAHAYANYA KERANA PAPARAZZI SIBUK MENGAMBIL GAMBAR NATASHA YANG BERPAKAIAN SERBA RINGKAS ITU. SELEPAS MEMASUKI KERETA, DIA TERUS MENCAPAI TABLETNYA LALU MENCARI ARTIKEL-ARTIKEL TENTANG DIRINYA DI LAMAN INTERNET. NATASHA KEMBALI BERADA DI DUNIA NYATA APABILA NAMANYA DIPANGGIL RAUFI UNTUK BERJUMPA DENGAN PENGARAH PENGAMBARAN IKLAN ITU UNTUK MEMINTA MAAF. SETELAH MEMINTA MAAF, DIA DIARAHKAN UNTUK KE BILIK PAKAIAN UNTUK MEMILIH BAJU YANG SESUAI DAN MEMAKAI MEKAP. KETIKA DIA MEMBAWA PAKAIAN YANG DIPILIHNYA UNTUK KE BILIK PERSALINAN, DIA TERLAGA BAHU DENGAN SEORANG WANITA. KETIKA DIA MENGAMBIL BAJU-BAJUNYA YANG JATUH ITU, WANITA YANG BERLANGGAR BAHU DENGANNYA TADI TURUT MEMBANTUNYA MENGANGKAT BAJU-BAJU TERSEBUT. KETIKA ITU, NATASHA TIDAK MENYEDARI WAJAH WANITA TERSEBUT. APABILA MEREKA BANGUN SELEPAS MENGUTIP BAJU-BAJU TERSEBUT, NATASHA MEMANDANG WAJAH WANITA ITU UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH. TIBA-TIBA, NATASHA MENJADI KAKU DAN LIDAH TERKELU UNTUK BERKATA-KATA. WANITA ITU JUGA TURUT MENUNJUKKAN REAKSI TERKEJUT DENGAN INSIDEN ITU. SELEPAS BEBERAPA SAAT, BARULAH NATASHA BERANI BERKATA-KATA. HANYA SATU PERKATAAN SAHAJA YANG TERLINTAS DI PEMIKIRANNYA KETIKA ITU IAITU “SYAKILLA!”.

BERSAMBUNG..