NATASHA
SEORANG PELAKON YANG SANGAT TERKENAL DAN DISEGANI OLEH SEMUA ORANG DI
SEKELILINGNYA. KE MANA SAHAJA DIA PERGI PASTI ADA MATA-MATA YANG MEMANDANG.
WALAUPUN SERING DILABELKAN SEORANG YANG SOMBONG TETAPI DIA TIDAK PERNAH
MENYAKITKAN HATI ORANG DAN LURUS BENDUL ORANGNYA. DIA TIDAK KISAH AKAN
SUARA-SUARA YANG DIDENGARINYA MALAHAN HANYA TAHU MELAKUKAN PERKARA YANG DISUKAI
DAN DIGEMARI OLEHNYA. JANGAN TIDAK TAHU RUPA-RUPANYA DIA MEMPUNYAI SEBUAH
RESTORAN MEWAH MILIKNYA DI IBU KOTA ROMANIA. DIA JUGA MEMPUNYAI SEBUAH
KONDOMINIUM MEWAH DAN JUGA SEBUAH KERETA MEWAH FAIR LADY BERWARNA MERAH. BOLEH
DIKATAKAN KEHIDUPANNYA SERBA SEMPURNA DAN LENGKAP DAN SERING DICEMBURUI
WANITA-WANITA YANG LAIN. BAGINYA HIDUP INI BAGAIKAN DI PENTAS PERAGAAN YANG
EKSKLUSIF DAN DIPANDANG OLEH SETIAP VVIP TERKENAL. TAK DAPAT DISANGKAL LAGI
WAJAHNYA SERING TERPAPAR DI DADA-DADA AKHBAR DAN MAJALAH-MAJALAH TERKENAL
DUNIA. DIA JUGA SERING MUNCUL DI KACA TELEVISYEN DENGAN PELBAGAI GENRE FILEM
DAN DRAMA YANG DILAKONKANNYA SERTA BEBERAPA PROGRAM BUAL BICARA YANG
DIWAWANCARAKAN OLEHNYA. LAKONANNYA SANGAT BERKESAN DAN DIMINATI RAMAI PEMINAT
REMAJA LELAKI. TENGOK SAHAJALAH DRAMA YANG DIBINTANGINYA PUN TIDAK DAPAT DIKIRA
MENGGUNAKAN JARI. SANGAT BANYAK DAN TERKENAL DI SETIAP PELOSOK DUNIA. SIAPA
SAJA YANG TAK KENAL DIA. SELURUH DUNIA MENGENALI NATASHA SAIDIN. PATUTLAH RAMAI
WANITA MENCEMBURUINYA SEHINGGAKAN DIA PERNAH MENDAPAT SURAT UGUTAN DARIPADA
PEMINATNYA DAN PINTU RUMAHNYA DIBALING CAT MERAH DARAH. FUH SANGAT TRAGIS
SEKALI KEHIDUPANNYA SEBAGAI SEORANG ARTIS TERKENAL TANAH AIR. JANGAN TIDAK TAHU
DIA JUGA MEMINATI BIDANG SENI LUKISAN. PADA MASA LAPANGNYA DIA SUKA MELUKIS DAN
KESEMUA LUKISANNYA DIPAPARKAN DI PAMERAN YANG DIWUJUDKAN SENDIRI OLEHNYA PADA
SETIAP HUJUNG TAHUN. WAH PANDAI SUNGGUH NATASHA MENGUMPUL DUITNYA SENDIRI TANPA
PERTOLONGAN ORANG LAIN TERMASUK IBU BAPANYA SENDIRI. BERCAKAP TENTANG IBU
BAPANYA PULA. IBUNYA SEORANG SURI RUMAH SEPENUH MASA DAN BAPANYA SEORANG
PENIAGA DI KEDAI ROTI. MEREKA TINGGAL DI HUJUNG BANDAR YANG DINAMAKAN KAMPUNG
TERATAI. IBUNYA SEORANG YANG BANYAK MULUT DAN SERING MENUNJUK-NUNJUK AKAN
KEHEBATAN DAN KECANTIKAN ANAK PEREMPUANNYA ITU. KECOH SATU KAMPUNG DIBUATNYA
APABILA BERBUAL-BUAL TENTANG ANAKNYA ITU. MANA TIDAKNYA ANAKNYA ITUKAN SEORANG
ARTIS POPULAR DI SELURUH NEGARA ARMANIA. AYAHNYA PULA SEORANG YANG PENYABAR DAN
MEMILIH UNTUK TIDAK BERBUAT APA-APA. MANA TIDAKNYA LAGI DIMARAHI ISTERINYA ITU
LAGI MENJADI-JADI PERANGAINYA. LEBIH BAIK TIDAK BERBUAT APA-APA TAKUT DIRINYA
DILABELKAN SEPERTI TIKUS YANG MEMBAIKI LABU, MAKIN DIBAIKI MAKIN ROSAK. NATASHA
SERING TINGGAL BERSENDIRIAN DI RUMAHNYA YANG MEWAH ITU SAMBIL MENONTON
TELEVISYEN DAN MEMBACA ARTIKEL-ARTIKEL BERKENAAN DIRINYA DI INTERNET. PADA
SUATU HARI, KETIKA MELAYARI INTERNET DIA MENERIMA SEBUAH PANGGILAN DARIPADA
PENGURUSNYA RAUFI UNTUK BERGEGAS KE SET PENGGAMBARANNYA DI IBU KOTA ROMANIA.
KETIKA DIA MEMPERSIAPKAN DIRI DAN BERSOLEK UNTUK KE SET PENGGAMBARAN, DIA
TERLIHAT SEBUAH KOTAK CINCIN DI MANA DI DALAMNYA TERDAPAT SEBENTUK CINCIN
BERLIAN DARIPADA PEMINAT MISTERINYA. DIA MENYARUNGKAN CINCIN ITU KE JARI
MANISNYA DAN MENAYANGKANNYA DI HADAPAN WAJAHNYA. KETIKA ITU DIA TERSENYUM
SENDIRI MENGINGATKAN KEMBALI KISAHNYA KETIKA MENEMUI KOTAK CINCIN ITU DI
HADAPAN PINTU RUMAHNYA BERSERTA NOTA YANG TERTULIS “AKU AKAN KEMBALI”. KETIKA
ITU DIA PERASAN YANG ADA ORANG SEDANG MEMERHATIKANNYA DI SEBALIK DINDING DAN
KETIKA DIA BERPUSING DIA TERLIHAT SEBUAH LEMBAGA MENYERUPAI MANUSIA MELINTAS DI
HADAPANNYA. KETIKA ITU DIA TIDAK BERBUAT APA-APA DAN TERUS MASUK KE DALAM
RUMAHNYA DENGAN SEGERA. SETELAH MEMASUKI RUMAH DIA TERUS MENGHUBUNGI POLIS DAN
PENGURUSNYA RAUFI. RAUFI DAN PEGAWAI POLIS TIBA PADA WAKTU YANG BERASINGAN.
RAUFI TIBA DAHULU DI DEPAN PINTU RUMAH NATASHA DAN MENEKAN LOCENG RUMAH ITU.
DALAM KEADAAN TAKUT NATASHA MEMBERANIKAN DIRI MENGINTAI DI MUKA PINTU UNTUK
MENGETAHUI GERANGAN YANG HADIR KE RUMAHNYA. SETELAH MEMASTIKAN GERANGAN YANG
MENEKAN LOCENG ITU IALAH PENGURUSNYA RAUFI, DIA TERUS MEMBUKA PINTU. NATASHA
MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA KEPADA RAUFI. KETIKA DIA BERCERITA, TIBA-TIBA
TERDAPAT SESEORANG MENEKAN LOCENG RUMAHNYA SAMBIL MENGETUK PINTU DENGAN KUAT.
RAUFI TERUS KE MUKA PINTU BAGI MENJENGUK GERANGAN YANG DATANG. RUPA-RUPANYA,
ORANG YANG DATANG ITU IALAH PEGAWAI POLIS YANG BARU MENERIMA PANGGILAN DARIPADA
IBU PEJABAT POLIS ROMANIA TENTANG KECEMASAN YANG DILAPORKAN OLEH NATASHA
SEBENTAR TADI. PEGAWAI POLIS ITU MENGGELARKAN DIRINYA SEBAGAI INSPEKTOR AZLAN
DAN MENUNJUKKAN KAD POLISNYA KEPADA RAUFI. SETELAH MENELITI KAD POLIS KEPUNYAAN
INSPEKTOR AZLAN ITU, RAUFI TERUS MEMBENARKAN INSPEKTOR ITU MASUK KE DALAM
RUMAH. INSPEKTOR AZLAN TERKEJUT DAN TERPESONA APABILA MELIHAT WAJAH NATASHA
YANG PUTIH DAN BERSIH KETIKA NATASHA MEMALINGKAN WAJAHNYA KE ARAHNYA SAMBIL
TERSENYUM RINGKAS. NATASHA CUBA MENGAWAL KETAKUTANNYA DENGAN MEMBERANIKAN DIRI
MEMAPARKAN SENYUMAN SEIKHLAS MUNGKIN KEPADA PEGAWAI POLIS ITU. INSPEKTOR AZLAN
TERUS MEMPERKENALKAN DIRINYA KEPADA NATASHA DAN MENANYAKAN TENTANG MASALAH YANG
BERLAKU KEPADANYA. NATASHA CUBA MENJAWAB PERTANYAAN INSPEKTOR AZLAN SEBAIK
MUNGKIN DENGAN TENANG. INSPEKTOR AZLAN SUNGGUH TIDAK PERCAYA APABILA DIA DAPAT
BERTENTANGAN MATA DENGAN PELAKON YANG TERKENAL DALAM KALANGAN PEMINAT LELAKI SEPERTINYA
ITU. SETELAH BERTANYAKAN BEBERAPA SOALAN, INSPEKTOR AZLAN SEMPAT MENELITI
SETIAP SUDUT RUMAH NATASHA DAN DIA SANGAT MENGAGUMI AKAN RUMAH NATASHA YANG
BESAR DAN MEWAH ITU. SEBELUM PULANG, DIA SEMPAT MEMINTA NOMBOR TELEFON MILIK
NATASHA AGAR MUDAH MENGHUBUNGINYA KETIKA BERLAKU APA-APA KECEMASAN. SAMBIL
MENYELAM MINUM AIR, INSPEKTOR AZLAN JUGA DAPAT LEBIH BERAMAH MESRA DENGAN
AKTRIS PUJAANNYA ITU MELALUI TELEFON. BUKAN APA DIA SANGAT TERUJA APABILA
MENGETAHUI KLIENNYA ITU MERUPAKAN SEORANG JELITAWAN DAN AKTRIS YANG TERKENAL.
SEMENJAK KEJADIAN ITU MEREKA SALING BERTEMU DAN BERBUAL MELALUI TELEFON.
NATASHA SANGAT MENYENANGI INSPEKTOR AZLAN KERANA GAYANYA YANG SEMPOI DAN
MELUCUKAN. BAGI NATASHA, INSPEKTOR AZLAN SEORANG YANG MUDAH DIDEKATI DAN MATANG
ORANGNYA. INSPEKTOR AZLAN JUGA PANDAI MENGAMBIL HATINYA. PERNAH SUATU MASA,
INSPEKTOR ITU MENGAJAKNYA BERJUMPA DI TEPI TASIK ARGANIA PADA WAKTU MALAM.
SANGAT NYAMAN SEKALI CUACA KETIKA ITU. UDARA BERTIUP SEPOI-SEPOI BAHASA. PADA
KETIKA ITU DIA TERPAKSA MENYAMAR DENGAN MEMAKAI HUD JAKET DI KEPALANYA DAN
MEMAKAI CERMIN MATA HITAM AGAR IDENTITINYA TIDAK DAPAT DIHIDU OLEH PENGUNJUNG
DI SITU. MANA TIDAKNYA, KALAU IDENTITINYA DIKETAHUI RAMAI DI TEMPAT SEBEGITU
PASTI NAMANYA AKAN TERCALAR KERANA DIA SEORANG SELEBRITI YANG TERMASYHUR DAN
TERKENAL DI SELURUH NEGARA ARMANIA. PASTI WARTAWAN-WARTAWAN DAN PAPARAZZI
MENGELILINGINYA PADA KETIKA ITU. HUH MALU SUNGGUH DAN TIDAK DAPAT BERLARI KE
MANA-MANA KETIKA ITU. KETIKA NATASHA BERJUMPA DENGAN INSPEKTOR AZLAN, INSPEKTOR
ITU MENGHADIAHINYA SEJAMBAK BUNGA ROS MERAH DAN SEKOTAK COKLAT JENAMA TERKENAL.
SELEPAS ITU, INSPEKTOR AZLAN MENGAJAKNYA BERBUAL SAMBIL BERMAIN BUNGA API. OH
SUNGGUH INDAH SEKALI KETIKA ITU. KRING KRING! TELEFON BIMBIT MILIK NATASHA
BERBUNYI MINTA DIANGKAT. NATASHA TERUS TERJAGA DARIPADA LAMUNANNYA. TELEFON
BIMBITNYA TERUS DIANGKAT DAN RUPA-RUPANYA YANG MENELEFONNYA IALAH PENGURUSNYA
RAUFI MEMINTA DIRINYA AGAR SEGERA KE SET PENGAMBARAN KERANA PENGARAH SUDAH NAIK
BERANG DI ATAS KELEWATANNYA KE SITU. DIA PUN SEGERA MENGAMBIL BEG TANGANNYA DAN
TERUS KELUAR DARI RUMAH APARTMENNYA ITU. KETIKA DIA MENUNGGU LIF, DIA MENERIMA
SATU LAGI PANGGILAN DARIPADA RAKAN BAIKNYA ZURINA YANG BEKERJA DI SYARIKAT
TELEVISYEN TERKENAL IAITU SNC YANG MEMBERITAHU BERITA TENTANG SEORANG KERABAT
DIRAJA YANG BARU-BARU INI NAMANYA NAIK DI ATAS GOSIP PERKAHWINANNYA BERSAMA
SEORANG PELAKON WANITA TERKENAL BAKAL BERLANGSUNG TIDAK LAMA LAGI. BUKAN APA
DIA MENELEFON UNTUK BERTANYAKAN KEPADA NATASHA SAMA ADA DIAKAH PELAKON WANITA
YANG DIMAKSUDKAN ITU. NATASHA MENIDAKKAN SANGKAAN RAKANNYA ITU DAN MEMINTA
RAKANNYA ITU MENGHANTAR FOTO PEMUDA KERABAT DIRAJA ITU. KETIKA MENUNGGU LIF
TURUN KE TEMPAT PARKIR, DIA BERFIKIR SIAPAKAH PELAKON WANITA YANG DIMAKSUDKAN
RAKANNYA ITU. SIAPA LAGI PELAKON WANITA YANG POPULAR DI ARMANIA KALAU BUKAN
DIRINYA SENDIRI. SIAPA SAJA YANG BERANI MENCANTAS KEHEBATAN DAN POPULARITI YANG
DIMILIKINYA. HEI INI NATASHA SAIDIN LAH, TIADA SIAPA YANG BOLEH MENJADI SEHEBAT
AKU, FIKIRNYA. KETIKA MEMASUKI KERETA DIA MENERIMA MMS DARIPADA ZURINA YANG
MERUPAKAN GAMBAR PEMUDA KERABAT DIRAJA YANG DISAYANGI RAMAI ITU. KETIKA MELIHAT
GAMBAR ITU DIA SEPERTI ACUH TIDAK ACUH SAHAJA KERANA MENGEJAR MASA UNTUK SAMPAI
CEPAT KE SET PENGAMBARAN. KETIKA DIA HENDAK MEMULAKAN PERJALANAN, BARU DIA
TERSEDAR BAHAWA DIA MASIH MENYARUNGKAN CINCIN BERLIAN HADIAH DARIPADA PEMINAT
FANATIKNYA PADA JARI MANISNYA. KETIKA ITU KEDUA-DUA TANGANNYA BERADA DI ATAS
STERENG KERETA. DIA MEMBELEK-BELEK CINCIN ITU SAMBIL TERSENYUM SINIS. LALU DIA
MENCABUT CINCIN ITU DARIPADA JARINYA DAN MENCAMPAKKANNYA KE BAWAH KERUSI. DIA
TERUS MEMECUT LAJU KERETANYA SELEPAS ITU. KETIKA DIA SEDANG ASYIK MEMANDU
KERETA FAIR LADY-NYA ITU SAMBIL MENDENGAR MUZIK YANG DIPUTARKAN DI RADIO, DIA
TIDAK PERASAN BAHAWA LAMPU TRAFIK SUDAH BERTUKAR MERAH LALU TERLANGGAR KERETA
DI HADAPAN KERETANYA. NATASHA CEPAT-CEPAT KELUAR DARI KERETANYA LALU MELIHAT
BAHAGIAN KERETA YANG DILANGGARNYA. KETIKA ITU DIA BERASA SUNGGUH CEMAS DAN
TAKUT. DIA CEPAT-CEPAT MENGAMBIL TELEFON BIMBIT DARI KERETANYA DAN TERUS
MENDAIL NOMBOR TELEFON PENGURUSNYA RAUFI. KETIKA DIA SEDANG MENUNGGU JAWAPAN
DARIPADA RAUFI, TIBA-TIBA DIA BERASA BAHUNYA DITEGUR SESEORANG. DIA TERUS
MEMALINGKAN WAJAHNYA KE ARAH ORANG YANG MENEGURNYA ITU. DIA TERKEJUT DAN
TERGAMAM APABILA MELIHAT PEMUDA YANG BERDIRI DI HADAPANNYA ITU LALU MENJATUHKAN
TELEFON BIMBIT YANG DIPEGANGNYA. PEMUDA ITU TURUT BERTANYA SAMA ADA KERETA YANG
MELANGGAR KERETANYA ITU MILIK NATASHA ATAU BUKAN.
BERSAMBUNG..